Sunday, December 6, 2009

NIK AZIZI ! NIK AZIZ ! NIK AZIZ !

KUALA LUMPUR, Dis 6 — Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.

"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.

"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.

"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.

Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya," kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.

"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.

Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.

"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.

Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.

Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia, kata beliau lagi.

Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.

"Saya penat," katanya ringkas.

Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Tuesday, November 24, 2009

AYAT ALQURAN MUNCUL DI MOSCOW


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keaman - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Wednesday, November 11, 2009

DOKUMEN OSA DEDAH PENIPUAN PEMIMPIN UMNO !

Dokumen OSA Dedah Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3436 Pembeli Rumah

Satu fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.
Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.
"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.
Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selan
gor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.
Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.
Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.
Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.
"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.
"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.

Friday, October 9, 2009

BERSABAR !!


Ramai petugas PR telah dibelasah, dimaki, pondok musnah, kereta petugas dan penyokong dipecah dikemekkan! Moral kita pada tahap ini masih BERSABAR.Tenaga Keselamatan amat diperlukan!Korbankan masa kita semua demi sebuah perjuangan!!!Ayuh kerahkan tenaga!

Tuesday, September 1, 2009

Kekalutan gula, siapa yang punya angkara ?

Jika dilihat di sekeliling kita, dipasaraya dan kedai-kedai, orang ramai yakni pengguna telah mula membeli dan menyimpan gula, itu lah faktor utama kenapa gula tidak ada dipasaran. Lebih-lebih lagi kedatangan eidilfitri ini, rata-rata pengguna membeli gula untuk membuat kuehmueh dan persediaan di hari raya kelak. Tidak mustahil selepas ramadhan, gula akan terus menjadi barangan yang dicari..

SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.
"SPR juga memutuskan bahawa kerusi Adun Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.
Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya, Dato' Abu Hassan Sharif menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.
Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.
Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.
"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.
Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUN yang diadakan 9 Ogos lalu.
Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.
Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.
Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut Pengerusi SPR, pihaknya telah meminta nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat mereka hari ini.
SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.
Sehubungan itu, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut.
Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."
"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.
Kata Abdul Aziz lagi, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, ia memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman.
Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.
"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.
"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.
"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.
Sementara itu, Speaker DUN, Abdul Isa akan membuat kenyataan esok mengenainya selepas meneliti alasan yang diberikan oleh SPR.

Sunday, August 30, 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Friday, August 28, 2009

Arak kepala lembu bantah pindah kuil




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara. Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22"."Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka. Polis hanya memerhatiKira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api."Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam."Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur."Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya. Tidak hina Hindu Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. "Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya. Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry



KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.
Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.
Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.
Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.
Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.
"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.
"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.
Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu,(gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.
Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.
Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.
Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.
Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.
Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.
"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.
"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.
Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.
Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.
"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," katanya. _

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.
Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.
Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.
Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.
Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.

Pendengaran Awam Kedua pada 8 hingga 11 dan 15 September 2009

HAH ALAM, 28 Ogos - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan Pendengaran Awam Kedua pada 8 hingga 11 dan 15 September 2009 berhubung isu peruntukan kawasan Dewan Negeri Selangor.
Pendengaran Awam yang akan dipengerusikan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim bertujuan untuk menyiasat samada wujud penyelewengan atau pembaziran dalam peruntukan kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tahun 2008 dan Jan–Jun tahun 2009.
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri dalam satu kenyataannya hari ini berkata pegawai daerah akan dipanggil sebagai saksi dalam Pendengaran Awam kali ini untuk memberi keterangan berhubung dengan kes di mana peruntukan kawasan tahunan ADUN Barisan Nasional habis dibelanja dalam tempoh 3 bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun lalu.
“Antaranya terdapat 203 permohonan peruntukan kawasan diluluskan dalam satu hari, dan peruntukan kawasan tetap diluluskan walaupun setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008,”kata kenyataan itu. Selain Pegawai Daerah, dijangka dua ADUN Pakatan Rakyat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan dengan isu peruntukan kawasan.

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. _

Tuesday, August 25, 2009

Pegawai SPRM Akui Dapat Arahan Pihak Atasan

SHAH ALAM 25 oGOS: Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail memberitahu koroner hari ini bahawa beliau telah mendapat arahan daripada pihak atasan iaitu Timbalan Pengarah SPRM Hishamuddin Hashim dan Ketua Unit Penyiasatan Hairul Idham Hamzah.
Beliau mengakui mendapat arahan untuk menyiasat berhubung kes salah guna kuasa peruntukan DUN, Kerajaan Negeri selangor.
Mohd Anwar merupakan saksi ke 16 dalam inkues kematian Teoh Beng Hock yang mati pada 16 Julai lalu di Pejabat SPRM di Plaza Masalam, di sini.
Keadaan Mahkamah menjadi hangat apabila Peguam wakil keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengasak saksi dengan pelbagai soalan.
Anwar turut mengaku bahawa soal siasat yang dilakukan terhadap Teoh bukan sesuatu yang biasa dilakukan dalam tempoh yang agak panjang.
Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengambil tahu tentang peguam Teoh iaitu M. Monaharan hadir untuk ke SPRM dan Gobind memberitahu bahawa Manoharan terpaksa menunggu hampir sejam di Pejabat SPRM.
Peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa membantah soalan yang diaju Gobind dan mengatakan inkues seperti mahkamah kangaru.
Koroner Azmil Munthapa Abas meminta Gobind agar tidak terlalu kasar menyoal saksi

GAMBAR SEKITAR PRK PERMATANG PASIR ..








Friday, August 21, 2009

Adun Pelabuhan Klang masuk UMNgok?

SHAH ALAM, 20 Ogos - Pakatan Rakyat Selangor akan terus memantau pergerakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang dilaporkan masih tidak sihat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Badrul dilaporkan menghidap beberapa penyakit dan memerlukan rawatan berterusan.
“Saya difahamkan beliau menghidap beberapa penyakit yang mana beliau di rawat, oleh sebab itu kita memberi masa untuk perkara itu dilakukan,” katanya.
Mengenai ura-ura Badrul akan keluar daripada parti Keadilan Rakyat, Tan Sri Khalid berkata, setakat ini beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang.
“Kita masih tak tahu lagi, tapi beliau tidak hadir dalam persidangan yang ke 50 persidangan dewan negeri baru-baru ini dan mengikut enakmen kalau dia tak hadir dua persidangan, dan tiada memberi sebab yang munasabah, status dia sebagai adun akan luput sebagai ahli dewan undangan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beberapa ADUN dan ahli Parlimen PKR telah ditugaskan untuk membantu Badrul dalam melaksanakan tugas-tugas di kawasan berkenaan.
“Kita memantau keadaan tersebut supaya kita tahu dia boleh samaada menjalankan tugas sebagai ahli dewan atau tidak, status dia sekarang masih ahli dewan undangan negeri.
“Beberapa ahli dewan negeri telah diminta untuk memantau, termasuk setiausaha politik saya, nik nazmi, puan rodziah dan ahli parlimen angkat dari ampang, Zuraidah,” katanya.

4 Buah Sekolah Daerah Klang Terima Topeng Muka Keselamatan

Shah Alam,21Ogos-Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dengan mengedarkan topeng muka keselamatan di sekolah-sekolah seluruh negeri ini, bermula dengan daerah Klang.
Ini berikutan penularan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, terutamanya di kalangan pelajar yang akan menduduki beberapa peperiksaan penting tidak lama lagi.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, wabak ini boleh menjejaskan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup.
Katanya,“Saya cuba membantu sekolah sekolah ini untuk mencegah wabak ini daripada menjangkiti pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaaan yang besar besar”.
Beliau berkata demikian kepada Tvselangor selepas Majlis Penyerahan Topeng Muka Keselamatan di 4 buah sekolah daerah Klang di Pejabat DUN Selat Klang, pagi tadi.
4 buah sekolah yang menerima sumbangan ini ialah Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chuen Min, SRJK Tamil Jalan Tepi Sungai dan Sekolah Menengah Agama Hisyamuddin.
Turut mengagih topeng muka ialah ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi, Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Arif dan 20 sukarelawan unit amal.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan bermula bulan depan, diikuti dengan Peperiksaan Menengah Rendah pada Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan November hingga Disember.
Pihak sekolah juga berperanan dalam mencegah epidemic H1N1 ini dari terus menular.
Guru Besar SJKT Jalan Tepi Sungai Klang, Muthusamy Ramasamy berkata, pihak sekolah sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka melindungi pelajar di bawah pengawasan mereka.
“Kami dah nasihatkan anak murid kalau ada kesakitan,deman,janganlah datang ke sekolah.Dan di sekolah,cikgu semua ambil langkah langkah yang sepatutnya supaya kalau terdapat apa apa ciri kesakitan ini,mereka akan dihantar balik ke rumah mereka”.-

Sunday, August 16, 2009

Ust Akhil Hayy akhirnya menikahi Penyanyi Waheeda hari ini....

HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru , hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihakPasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

Friday, August 14, 2009

Selangor Keluar Pekeliling Beri Cuti Khas Kepada Pekerja Punya Simptom H1N1

SHAH ALAM, 14 Ogos - Wabak Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin mengganas di Negara ini dengan Selangor telah mencatat kematian seramai 14 orang daripada 584 kes yang disahkan positif virus itu sehingga semalam.Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat pekeliling akan dikeluarkan kepada pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri untuk memberi cuti khas kepada pekerja yang mempunyai simptom-simptom H1N1.“Siapa-siapa datang ke pejabat dengan demam kita akan terus hantar balik, walaupun tiada cuti, dah habis, itu tidak diambil kira, mereka di paksa duduk di rumah dan ini kita akan keluarkan satu pekeliling dari setiausaha kerajaan negeri Selangor kepada semua pejabat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk mereka ambil tindakan-tindakan demikian atas pekerja-pekerja di pejabat masing-masing,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua pegawai kerajaan Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan, dan Pejabat Kesihatan daerah-daerah di Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.Menurut Xavier, dengan adanya perbincangan bersama ketua-ketua ini, segala maklumat berkaitan pencegahan wabak ini akan dapat disalurkan terus kepada rakyat.Katanya lagi, kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri dan bahaya selesema babi turut penting bagi memastikan penularan wabak berkenaan tidak semakin kritikal.Yang penting sekali dalam mesyuarat ini kepada DO, dan ketua-ketua jabatan ialah untuk sebarkan maklumat terperinci kepada penduduk-penduduk di kawasan ini melalui risalah, perjumpaan di semua peringkat dan inilah cara yang terbaik dimana boleh gunkan tenaga untuk kekurangkan infection in, separate of infection dalam kawasan,” katanya.Disamping itu, kata Dr Xavier, penutupan sekolah-sekolah di Selangor yang disebabkan H1N1 tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran tetapi merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Selangor untuk dipertimbangkan.Beliau turut menyarankan kepada ibu bapa supaya menyediakan jangka suhu di rumah bagi memeriksa suhu anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami demam dan memastikan suhu tidak melebihi 38 darjah celcius.Setakat ini, sebanyak 35 buah sekolah di Selangor ditutup sejak penularan wabak ini dan dua sekolah lagi masih ditutup sehingga kini

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM USTAZ ASRI RABBANI..




Rakan masyarakat yang prihatin dan bertanggongjawab di Perumahan Bakawali, Bukit Sentosa 3 kini meninggalkan kita semua dan dunia ini buat selamanya tapi peninggalan lagu "Pergi tak akan kembali lagi" untuk kita akan dikenang dan dihayati... Semua jasa dan kenangan bersama masyarakat Bakawali dan Bukit Sentosa (pernah menjadi imam) akan dikenang oleh kami di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa..AlFatihah..

Tuesday, August 11, 2009

Kenangan di Spies Remaja, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu - 8-9 Ogos 2009


Ahad (9 Ogos 2009), sampai sahaja di Kem Binasemangat, Ampang Pecah, majlis penutupnya (program) jam 3 petang, ternampak remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun begitu riang dan ceria jika dibandingkan di hari pertama. Mungkin setelah bangun awal malam tadi, ada sesi qiamulail membuatkan mereka dapat merasa, begitu "united", setelah dua hari satu malam. Namun, program yang ke 5 ini, masih mampu menarik lebih 80 peserta dari sekitar Hulu Selangor, dan walaupun tiada "tarian poco=poco" atau "karaoke", ianya membawa seribu kenangan. Tahniah kepada pengelola, Smart Training. Kiriman - SAS.

Tuesday, August 4, 2009

MBSA lebih awal putus arak tidak boleh dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.
Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.
"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.
Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.
Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.
Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.
Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.
Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.
"Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka," tegasnya.
Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.
Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.
"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.
Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.
Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.
"Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan," tegasnya.

Tuesday, July 21, 2009

Ustaz Idris Ahmad - Zahid Hamidi mesti disiasat kerana jumpa Ehud Barak

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang.
Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.
Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.
Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

Monday, July 20, 2009

KEADILAN UNTUK BENG HOCK, JAWAPAN UNTUK RAKYAT !!


Pegawai Dan Kakitangan SUK Beri Penghormatan Terakhir Teoh


Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terus mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat Selangor dan menuntut keadilan ke atasnya. Hari ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor turut menganjurkan rombongan untuk kakitangan dan pegawai kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh yang disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, tengah hari tadi.
Rombongan yang disertai kira-kira 50 pegawai dan kakitangan SUK bertolak kira-kira jam 10.30 pagi tadi, manakala sebahagian lagi sudahpun berada di kediaman Teoh di Kelemak, Alor Gajah, Melaka sejak awal pagi.
Mendiang sepatutnya mendaftar perkahwinannya di Melaka Sabtu lalu tetapi ditemui mati, dipercayai jatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencehagan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 1.30 petang sehari sebelumnya.
Kematiannya menimbulkan seribu tandatanya kerana Teoh dilapor telah dibebaskan selepas soal siasat SPRM jam 3.45 pagi dan kali terakhir dilihat di lobi pejabat itu jam 6 pagi, sebelum hilang dan ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan 20 tingkat itu.
Setiausaha Politik, Exco Perumahan Selangor, Rosly Abidin berkata sebelum kematian Teoh, kakitangan pejabatnya telah merancang untuk memberi hadiah dan menghadiri majlis perkahwinannya.
"Kami dari SUK, kerajaan mahu kakitangan dan pegawai kerajaan di sini untuk turut serta mengikut bas ke Semenyih."
"Sudah tentu kami memberi perhormatan terakhir, kami sangat ramai, jadi jika ada apa-apa bencana kami perlu beri sokongan kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), turut memberi kerjasama mengiringi rombongan berkenaan ke tanah perkuburan tersebut.

Sunday, July 19, 2009

Hindraf's Uthayakumar launches new political party

KLANG: Hindraf’s P. Uthayakumar launched a new multiracial party called Human Rights Party (HRP) with an objective to champion the rights of marginalised sectors of all communities.
After the launch here on Sunday, he announced that he was giving up practicing law and would fully concentrate on being a political activist and to lay the groundwork for the next general election.
He added that Hindraf will continue to be apolitical and will be led by his younger brother Waythamoorthy who is still in self exile in London.
Uthayakumar also identified 15 parlimentary and 38 state assembly seats that the party would contest in the elections.
He said he would hold the post of protem secretary-general of HRP but did not announce any other people or posts.
Uthayakumar, a former detainee under the Internal Security Act, also launched his book titled Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward that was conceptualised and written during his 514 days detention in Kamunting.
About 2,000 people attended the launching ceremony at the Hokkien Hall here.

Thursday, July 16, 2009

Tragedi Panas - Pembantu Exco jatuh bangunan


Kematian Teo Beng Hock Pasti Akan Dipolitikan POLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 20 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.
Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu. Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa bukti yang diminta.Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalakan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu.
Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.Seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-anaidan tertentu sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka. [d'kota kl. 9:15 pm 16/07/09]

Monday, July 13, 2009

CERAMAH PERDANA-DS ANWAR KEPENJARA?

Di jemput dengan segala hormatnya YB/Tuan/Puan ke program ceramah perdana anjuran Cabang Hulu Selangor seperti yang dijadualkan dibawah:-

Tempat: Komplek Sukan dan Komuniti Serendah, Pekan Serendah, Hulu Selangor(ikut jalan lama dari rawang ke kuala kubu baru, pekan serendah di pertengahan)
Tarikh/Masa: 17 Julai (JUMAAT)8.30 mlm - 12 mlm

Penceramah:
YB Manikavasagam
YB S. Sivarasah,
Harap maklum, semoga kita semua diberkati Allah hendaknya.
Shaiful Anuar Sulaiman
Ketua Penerangan Cabang
016 2772882

Wednesday, July 8, 2009

UNIT EHSA SAMBUT JAMBORI PERTAMA DI PULAU PINANG


Unit Ehsan sebuahorganisasi (badan bukan kerajaan) yang dianggotai anak muda yang menumpukan kerja kesukarelaan dan kebajikan akan mengadakan Jambori Unit Ehsan yang pertama seperti berikut :
Jambori 'Jati Diri' Pertama UNIT EHSAN 10 Julai 2009 Teluk Tempoyak, Pulau PinangJambori ini akan disertai oleh aktivis muda dari Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan. Unit Ehsan telah bergerak secara berdaftar di Pulau Pinang dan Perak, manakala di Kedah dan Negeri Sembilan masih di peringkat tajaan.Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Ketua penyelaras 019-5082933(zul)

Tuesday, July 7, 2009

SPECIAL BRIEFING TO INTERNATIONAL COMMUNITY 7 JULY 2009 TUESDAY HOTEL DEPLAMA INN








SPIES SELANGOR DIBAWAH YB DR HALIMAH ALI

SPIES merupakan modul untuk semua peringkat rakyat negeri selangor. Bermula dari SPIES Kanak-kanak, Belia, Siswa sehingga ke penjawat kerajaan akan di SPIES kan oleh kerajaan Negeri Selangor Daru Ehsan. Modul ini juga bukan hanya dikhususkan untuk rakyat yang beragama Islam, bahkan diperluaskan kepada semua agama.
Antara keistimewaan SPIES ialah Modul yang dilaksanakan ini dibincang secara kolektif oleh konsultan dan perunding yang cukup berpengalaman dalam aspek pembangunan Insan.konsep penting dalam Modul SPIES ialah kepentingan penekanan spiritual dalam segenap aspek samada keagamaan dan kehidupan harian. Hampir semua agama mengajak manusia ke arah melaksanakan kebaikan. Tetapi, hanya ISLAM sahaja yang mengajak kepada kebaikan yang sebenar berteraskan konsep Keesaan kepada Allah SWT.
SPIES juga mengajak agar semua rakyat Selangor kembali menghayati agama masing-masing bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni.
SPIES memberi erti :S : SpirtualP : PhysicalI : IntelektualE : EmosionalS : SosialSosial, Emosional, Physical, Intelektual mesti berlandaskan kepada kekuatan spiritual. Jika keempat-empat elemen ini tidak digarap dengan konsep spiritual, nescaya sesebuah masyarakat akan membangun secara tempang dan senget.
Spritual ialah asas kepada perbentukan peribadi manusia.Spritual boleh diterjemahkan sebagai kepentingan menguatkan pendekatan rohani kepada peserta agar setiap peserta merasakan bahawa mereka ini disayangi dan diperhatikan oleh pencipta.Adalah diharapkan agar kesemua konsep melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang berlandaskan kepada ketaqwaan kepada Allah SWTWalaupun konsep ini masih diperingkat percubaan, tetapi usaha ke arah untuk melahirkan masyarakat selangor masyarakat yang cemerlang sepatutnya dipuji
Melalui maklumat pemantauan SPIES merumuskan bahawa konsep ini masih boleh diperbaiki dan boleh dijadikan sebagai satu modul kerajaan Negeri Selangor untuk dicontohi oleh negeri-negeri yang lain khususnya negeri di bawah PAKATAN RAKYAT.Semoga modul ini menjadi perintis kepada usaha PAKATAN RAKYAT untuk membentuk Negeri Selangor Negeri yang
Berkebajikan
Inilah antara kehebatan pemikiran Exco Selangor YB Dr.Halimah Ali.

288 AHLI MAJLIS PBT DILANTIK BERKUATKUASA 16 JULAI INI

SHAH ALAM, 6 Julai - Teka-teki mengenai senarai ahli majlis yang akan menggangotai 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) terjawab, apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan pelantikan seramai 288 orang, berkuatkuasa 16 Julai ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus ahli majlis terdahulu dikekalkan, manakala selebihnya dilantik bagi menggantikan mereka yang meletak jawatan, gagal menunjukkan prestasi cemerlang serta bermastautin di luar kawasan.
“Daripada senarai baru yang kita umumkan hari ini, kita cuba nak seimbangkan ahli majlis termasuklah dari segi jantina dan kaum,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya, petang tadi.
Menurutnya, 25 peratus daripada ahli majlis yang dilantik itu merupakan ahli profesional dan wakil badan bukan kerajaan (NGO), manakala selebihnya adalah wakil daripada parti PKR, DAP dan PAS.
Bagaimanapun, Ronnie berkata jumlah itu tidak termasuk ahli majlis yang dilantik secara otomatik iaitu Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah.
Mereka yang dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua (YDP) Majlis masing-masing, dalam masa terdekat.
Pada sidang media itu, Ronnie turut mengumumkan senarai nama 66 orang ahli majlis yang dilantik.
Dalam pada itu, beliau berkata semua ahli majlis yang dilantik akan mengikuti kursus di Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan (ILPBT) di Morib.

MINDA RAKYAT UNTUK MALAYSIA