Sunday, July 18, 2010

PUBLIC TALKS - IAIS MALAYSIA

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia cordially invites you to a public lecture jointly organised with The Embassy of the United States of America, Kuala Lumpur
Topic : “New Beginnings: Globalization and Islam in America Under the Obama Administration” Date: Thursday 22nd July 2010
Time: 10:00 am
Venue: IAIS Malaysia
Welcome remarks by: Mr. Scott Rauland, Counselor for Public Affairs, U.S. Embassy, Kuala Lumpur

Sepetang bersama wargaemas di Pusat Jagaan Sejahtera, Sg Buaya




Bersama tetamu undangan, Yang Berhormat Gan Pei Nei, ADUN Rawang dan Penyelaras Dun Batang Kali, Mohd NAshruddin Abd Aziz, lebih dari 30 orang wargaemas dan penghuni Pusat Jagaan Sejahtera, Jalan Kiambangsari, Sg Buaya telah diraikan dalam satu majlis Sepetang Bersama Wargaemas semalam (18 Julai 2010, jam 3 - 5 ptg).

Tuesday, July 13, 2010

Kertas puteh kutipan wang Talam Corp dikeluarkan..

Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Menjawab satu soalan lisan di DUN Selangor hari ini, Khalid berkata setakat ini Selangor telah berjaya mendapatkan aset tanah berjumlah RM290 juta dan juga tunai sebanyak RM50 juta.Hutang berkenaan kini berada bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), katanya ketika menjawab soalan daripada daripada Janice Lee (DAP-Teratai)."Saya memang menunggu permintaan tersebut (kertas putih) sebab saya nak tulis satu kes lagi macam mana tanah ini beri sewenang-wenangnya kepada orang."Kertas putih yang dikehendaki mesti sudah ada perjanjian yang kita lakukan. Sekarang kita sedang kumpul perjanjian tersebut. Hasil dari kertas ini kita akan hasilkan pada hujung tahun ini untuk jadi asas perbincangan masa depan," kata Khalid.Tambahnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti keputusan yang dibuat oleh exco Selangor berkaitan tanah yang diberikan kepada Kumpulan Talam sebelum ini, bagi menghasilkan kertas putih tersebut."Saya dapati banyak yang dinyatakan tidak ditulis dengan baik. Keputusan exco (sebelum ini) agak terlalu longgar, dipersetujui untuk diberi kepada orang ini, (tetapi) sebabnya tak ada," katanya lagi.

Monday, July 12, 2010

Final World Cup di Dataran Merdeka.... penuh aksi!!




Dalil-dalil pru13 semakin hampir...


Kemunculan dajjal ada tanda-tandanya. Bagaimana pula dengan tanda-tanda kemunculan PRU?. Diantara tanda-tanda kemunculan PRU dapat diperhatikan akhbar pihak pembangkang mula ditekan. Dimulakan dengan Suara Keadilan dan membawa kepada Harakah. Penulis terbaca satu arikel di laman maya, Najib amat merindukan rakyat suapaya buta maklumat untuk beliau menentukan PRU13. Logiknya amat senang, dapat dirungkaikan oleh mereka yang tidak masuk universiti pun, sekiranya mereka ini berfikir