Friday, January 22, 2010

Tunku Mahkota Johor dilantik Pemangku Raja



JOHOR BARU, Jan 22 — Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik Pemangku Raja selepas ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, dimasukkan ke hospital di sini hari ini kerana gering.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad mengumumkan Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini.
“Dengan ini Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tuboh Kerajaan Negeri Johor 1895 setelah menerima laporan kesihatan daripada tiga pakar perubatan bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas Raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar,” beliau mengumumkan di Istana Besar Johor Baharu di sini hari ini.
Tunku Osman turut meminta rakyat berdoa supaya Sultan Iskandar sembuh sebagaimana sediakala.
Majlis itu dihadiri oleh Exco kerajaan negeri. — Bernama

Wednesday, January 20, 2010

DS ANWAR - PKR AKAN TEMPUR HABISAN TENTANG BN DI SELANGOR



SPRM - SINDIKET PENJUALAN PASIR LIBATKAN 5 NEGERI

Pada mulanya, isu penjualan pasir hanya melibatkan negeri Johor sahaja.Rupa-rupanya sangkaan saya itu meleset jauh.SPRM mendedahkan sindiket tersebut melibatkan penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.Maknanya ada lima negeri yang terlibat? Masya'Allah ini betul-betul kes berdengung! Rupanya ada 5 buah negeri Pasir Berdengung di negara kita? bacalah seterusnya berikut :

PUTRAJAYA, Feb 20 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.

34 yang ditangkap dijangka akan dihadapkan di mahkamah besok.

Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke negara jiran. SPRM tidak menamakan negara jiran tersebut.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura.

Masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.

"Kami telah menangkap 34 yang dituduh. Dua puluh empat adalah daripada sektor kerajaan, tiga daripada sektor swasta dan lima adalah orang awam.

"Kami juga menangkap satu petugas khas dan satu setiausaha peribadi seorang ahli politik," Timbalan Ketua SPRM, Komisioner Datuk Mohd Shukri Abdull berkata dalam sidang akhbar di sini petang ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dari negeri mana mereka yang ditahan.Sebelumnya ini, seorang pembantu kanan ahli politik PKR Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah ditangkap.

Hussein Ahmad, setiausaha eksekutif Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Alam dan Pembangunan Keusahanaan Selangor , Yaakob Sapari, ditahan di pejabatnya di Shah Alam.

Mohd Syukri berkata semua penangkapan itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas menumpaskan sindiket penyeludupan pasir.

"Tahun lalu, kami menerima 410 laporan mengenai penyeludupan pasir tetapi kami hanya mula penangkapan kami minggu lalu.

"Mereka semua akan didakwa dibawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Anti Rasuah,"katanya.

Mohd Syukri mengatakan rasuah tersebut melibatkan sekurang-kurangnya satu kes tawaran seksual kepada penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.

Beliau mengatakan bahawa setakat ini, SPRM telah merampas RM50,000 daripada wang rasuah RM280,000 yang dipercayai telah dibayar.

Beliau enggan mendedahkan butiran lebih lanjut, tetapi menegaskan bahawa penangkapan lebih banyak adalah dijangkakan. / end

Tuesday, January 12, 2010

Saturday, January 2, 2010

Bengkel Perhiasan Wanita Hulu Selangor Siri ke 4 (Jumaat 1 Jan 2009)





Wanita Hulu Selangor telah berjaya mengadakan bengkel perhiasan manik kali ke 4 di pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali semalam. Program telah di rasmikan oleh YB Haniza Talha, ADUN Taman Medan memerangkap Timbalan Speaker DUN Selangor.
Bengkel ini telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang penduduk dan wanita disekitar Bukit Sentosa/Bukit Beruntung untuk menambahkan ilmu kemahiran sebagai seorang surirumah tangga, Ketua Wanita PKR, Pn Mai Md Zin sendiri telah berkongsikan ilmu kemahiran beliau bagi dengan menunjukan sendiri teknik-teknik menghias manik. Turut hadir adalah Pegawai Khas Dun batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman.

Penduduk Apartmen Teratai, Bukit Beruntung terima agihan beg sekolah (1 Jan 2009 Jumaat)




Walaupun hari cuti umum tahun baru, pemimpin Pakatan Rakyat tetap turun padang mendekati rakyat negeri Selangor, dimana satu majlis sumbangan dan agihan beg sekolah telah diadakan di Perumahan Teratai, Bukit Beruntung pada cuti umu tahun baru semalam.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yb Haniza Md Talha, ADUN Telok Medan dan Timbalan Speaker DUN Selangor. Turut hadir adalah Penyelaras Dun Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz, Ketua Wanita PKR Hulu Selangor juga Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pegawai Khas DUN Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman dan Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Teratai, Abd Malek.