Tuesday, April 27, 2010

DK ZAID BERSEDIA BAWA KES PRK HULU SGR KE MAHKAMAH


PKR sedang menimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya kerana mendakwa berlaku rasuah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali berkata, calon parti tersebut yang kalah pada pilihan raya berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa peguam terkenal sedang meneliti bukti-bukti berkaitan pemberian wang kepada pengundi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

"Kita juga akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perbuatan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berjanji memberikan wang RM50,000 kepada peneroka Felda Sungai Buaya," ujarnya.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.