Wednesday, May 16, 2012

Makan tosei luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara



Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu. "Ini sebenarnya satu kempen kesedaran.

Tuesday, May 15, 2012

Ramai warga india masih berkad pengenalan merah !

 Selepas  54 tahun kita sudah merdeka, terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih  memiliki kad pengenalan merah.  Sebahagian besar atau hampir kesemua  yang memiliki kad pengenalan merah ini adalah dari kalangan kaum India.  

Friday, May 4, 2012

NAJIB MINTA US1 BILLION OOOO

Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar  Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau.

Tuesday, April 24, 2012

DBKL = DUDUK BANTAH KUALA LUMPUR !

DBKL pagar Dataran, usir peserta perkhemahan


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas

perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy

Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang

pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta

kanopi ketika peserta berkenaan sedang tidur.

Pegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan


berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu

Sunday, April 22, 2012

Pak Samad Said ~ menongkah arus, saya mahu genarasi muda berani buat perubahan

Pak Samad Said ~ Saya mahu generasi muda berani membuat perubahan. Kita sudah 54 tahun dibawah satu pentadbiran, disepanjang pentadbrn itu kita melihat yang kaya hanya golongan bangsawan. Mereka janji menjaga harta negara. Mereka tidak menjadi pemimpin yg pelihara bahasa. Kita mahu lihat perubahan rejim. Jika tidak mereka akan terus jadi bongkak, sombong dan kurang ajar. Tidak semstinya pengganti itu akan bagus. Akan tetapi kita akan dapat lihat pengganti itu akan berusaha menjadi lebih bagus