Tuesday, November 24, 2009

AYAT ALQURAN MUNCUL DI MOSCOW


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keaman - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Wednesday, November 11, 2009

DOKUMEN OSA DEDAH PENIPUAN PEMIMPIN UMNO !

Dokumen OSA Dedah Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3436 Pembeli Rumah

Satu fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.
Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.
"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.
Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selan
gor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.
Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.
Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.
Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.
"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.
"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.