Friday, August 28, 2009

Pendengaran Awam Kedua pada 8 hingga 11 dan 15 September 2009

HAH ALAM, 28 Ogos - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan Pendengaran Awam Kedua pada 8 hingga 11 dan 15 September 2009 berhubung isu peruntukan kawasan Dewan Negeri Selangor.
Pendengaran Awam yang akan dipengerusikan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim bertujuan untuk menyiasat samada wujud penyelewengan atau pembaziran dalam peruntukan kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tahun 2008 dan Jan–Jun tahun 2009.
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri dalam satu kenyataannya hari ini berkata pegawai daerah akan dipanggil sebagai saksi dalam Pendengaran Awam kali ini untuk memberi keterangan berhubung dengan kes di mana peruntukan kawasan tahunan ADUN Barisan Nasional habis dibelanja dalam tempoh 3 bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun lalu.
“Antaranya terdapat 203 permohonan peruntukan kawasan diluluskan dalam satu hari, dan peruntukan kawasan tetap diluluskan walaupun setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008,”kata kenyataan itu. Selain Pegawai Daerah, dijangka dua ADUN Pakatan Rakyat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan dengan isu peruntukan kawasan.

No comments:

Post a Comment