Tuesday, August 25, 2009

Pegawai SPRM Akui Dapat Arahan Pihak Atasan

SHAH ALAM 25 oGOS: Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail memberitahu koroner hari ini bahawa beliau telah mendapat arahan daripada pihak atasan iaitu Timbalan Pengarah SPRM Hishamuddin Hashim dan Ketua Unit Penyiasatan Hairul Idham Hamzah.
Beliau mengakui mendapat arahan untuk menyiasat berhubung kes salah guna kuasa peruntukan DUN, Kerajaan Negeri selangor.
Mohd Anwar merupakan saksi ke 16 dalam inkues kematian Teoh Beng Hock yang mati pada 16 Julai lalu di Pejabat SPRM di Plaza Masalam, di sini.
Keadaan Mahkamah menjadi hangat apabila Peguam wakil keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengasak saksi dengan pelbagai soalan.
Anwar turut mengaku bahawa soal siasat yang dilakukan terhadap Teoh bukan sesuatu yang biasa dilakukan dalam tempoh yang agak panjang.
Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengambil tahu tentang peguam Teoh iaitu M. Monaharan hadir untuk ke SPRM dan Gobind memberitahu bahawa Manoharan terpaksa menunggu hampir sejam di Pejabat SPRM.
Peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa membantah soalan yang diaju Gobind dan mengatakan inkues seperti mahkamah kangaru.
Koroner Azmil Munthapa Abas meminta Gobind agar tidak terlalu kasar menyoal saksi

No comments:

Post a Comment