"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta parti. Mereka tidak perlu mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat didalam kapal itu tidak teratur, Mereka berasak-asak saperti kambing." Petikan halaman 211 (Novel Interlok)
Selepas membaca buat kali kedua novel Interlok ini (setelah memunggah khazanah buku-buku didalam kotak simpanan), amat payah untuk saya bersetuju dengan segerombolan pembakar novel di Klang untuk bersama menyamai pendapat.. TIdak ada sebab jelas.
Tidak ada apa yang salah, petikan itu merujuk kepada orang didalam kapal. Kita mesti memahami bahawa semua yang datang dari India itu terdiri daripada pelbagai golongan, buruh, kelas sederhana dan professional. Ianya bertepatan dengan situasi dan sejarah diketika itu.
Cerita ini udah 40 tahun lepas dan ianya satu hakikat sejarah ketika itu...
Ianya satu karya seni yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yang jujur. Jelas ia berkenaan hubungan antara kaum yang terbentuk di negara kita (pada masa itu)
Perkataan "paria" disebut didalam novel itu bukan bertujuan untuk menghina. Malahan keseluruhan konteks novel dan penggunaan perkataan amat penting untuk difahami.
ShaifulAnuar Sulaiman
11.1.11
No comments:
Post a Comment