Monday, January 10, 2011

Paria bukan baru, sudah 40 tahun lepas


"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta parti. Mereka tidak perlu mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat didalam kapal itu tidak teratur, Mereka berasak-asak saperti kambing." Petikan halaman 211 (Novel Interlok)

Selepas membaca buat kali kedua novel Interlok ini (setelah memunggah khazanah buku-buku didalam kotak simpanan), amat payah untuk saya bersetuju dengan segerombolan pembakar novel di Klang untuk bersama menyamai pendapat.. TIdak ada sebab jelas.

Tidak ada apa yang salah, petikan itu merujuk kepada orang didalam kapal. Kita mesti memahami bahawa semua yang datang dari India itu terdiri daripada pelbagai golongan, buruh, kelas sederhana dan professional. Ianya bertepatan dengan situasi dan sejarah diketika itu.

Cerita ini udah 40 tahun lepas dan ianya satu hakikat sejarah ketika itu...

Ianya satu karya seni yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yang jujur. Jelas ia berkenaan hubungan antara kaum yang terbentuk di negara kita (pada masa itu)

Perkataan "paria" disebut didalam novel itu bukan bertujuan untuk menghina. Malahan keseluruhan konteks novel dan penggunaan perkataan amat penting untuk difahami.

ShaifulAnuar Sulaiman

11.1.11

Wednesday, January 5, 2011

MB DIMAINKAN...

SHAH ALAM: Kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hanyalah pandangan peribadi beliau, kata Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, kerajaan Selangor akan bertindak mengikut prosedur dalam hal berkaitan pelantikan SUK, Datuk Mohammed
Khusrin Munawi termasuk menghantar surat kepada Sultan Selangor pada hari ini.

Katanya, surat tersebut mengandungi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
bagi meminda Perlembagaan dan memulihkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

“Jelas tak ada orang nak mempersoalkan perkara pelantikan ini sebelum pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 yang merampas
kuasa Sultan dan Menteri Besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan
Exco di sini hari ini.

Khalid berkata, pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas telah menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga
pegawai eksekutif berkenaan membabitkan pelantikan SUK, Pegawai Kewangan, dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai
eksekutif,” kata Khalid.

Tambah Menteri Besar, cadangan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik ketiga-tiga pegawai eksekutif negeri.

“Saya yakin DYMM Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Justeru, beliau berharap Munir tidak menolak kebenaran ini dan menyeru media untuk membaca sejarah pindaan Perlembagaan tahun 1993 yang sudah mengurangkan kuasa monarki.

“Saya tidak bermaksud menolak pendirian Datuk Munir, tetapi saya hanya bercakap apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah Malaysia.

“Sekarang saya sedang menyelesaikan isu ini dengan menyerahkan kepada sidang DUN untuk membuat keputusan. Saya cuba
perbetulkan apa yang tak betul,” tegas Menteri Besar.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diminta melihat cadangan pindaan ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melantik dua pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan Datuk Param Cumaraswamy untuk
memberi nasihat dan pandangan berkaitan isu ini.

Khalid berkata, cadangan pindaan ini akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada Sultan sebelum dibentangkan pada sidang DUN yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Semalam, Munir dalam kenyataan medianya turut berkata, tindakan Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon
lain bagi jawatan SUK setelah calon dilantik adalah tidak wajar.

Sunday, January 2, 2011

Makan Malam bersama YAB TGNA

Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.