Wednesday, January 20, 2010

SPRM - SINDIKET PENJUALAN PASIR LIBATKAN 5 NEGERI

Pada mulanya, isu penjualan pasir hanya melibatkan negeri Johor sahaja.Rupa-rupanya sangkaan saya itu meleset jauh.SPRM mendedahkan sindiket tersebut melibatkan penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.Maknanya ada lima negeri yang terlibat? Masya'Allah ini betul-betul kes berdengung! Rupanya ada 5 buah negeri Pasir Berdengung di negara kita? bacalah seterusnya berikut :

PUTRAJAYA, Feb 20 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.

34 yang ditangkap dijangka akan dihadapkan di mahkamah besok.

Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke negara jiran. SPRM tidak menamakan negara jiran tersebut.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura.

Masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.

"Kami telah menangkap 34 yang dituduh. Dua puluh empat adalah daripada sektor kerajaan, tiga daripada sektor swasta dan lima adalah orang awam.

"Kami juga menangkap satu petugas khas dan satu setiausaha peribadi seorang ahli politik," Timbalan Ketua SPRM, Komisioner Datuk Mohd Shukri Abdull berkata dalam sidang akhbar di sini petang ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dari negeri mana mereka yang ditahan.Sebelumnya ini, seorang pembantu kanan ahli politik PKR Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah ditangkap.

Hussein Ahmad, setiausaha eksekutif Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Alam dan Pembangunan Keusahanaan Selangor , Yaakob Sapari, ditahan di pejabatnya di Shah Alam.

Mohd Syukri berkata semua penangkapan itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas menumpaskan sindiket penyeludupan pasir.

"Tahun lalu, kami menerima 410 laporan mengenai penyeludupan pasir tetapi kami hanya mula penangkapan kami minggu lalu.

"Mereka semua akan didakwa dibawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Anti Rasuah,"katanya.

Mohd Syukri mengatakan rasuah tersebut melibatkan sekurang-kurangnya satu kes tawaran seksual kepada penjawat awam di lima negeri untuk mempercepatkan proses permohonan kegiatan perlombongan pasir.

Beliau mengatakan bahawa setakat ini, SPRM telah merampas RM50,000 daripada wang rasuah RM280,000 yang dipercayai telah dibayar.

Beliau enggan mendedahkan butiran lebih lanjut, tetapi menegaskan bahawa penangkapan lebih banyak adalah dijangkakan. / end

No comments:

Post a Comment