Monday, September 23, 2013

SEROJA BANTU POLIS JAGA KESELAMATAN DAN CEGAH JENAYAH

BATU CAVES, 23 SEPT: Sebanyak 5 pangsapuri dipilih menjadi perintis Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA) yang dirumus bagi membantu polis memelihara keamanan dan mencegah jenayah di kawasan-kawasan pangsapuri seluruh Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata Skim Seroja ini disasar membantu sehingga 250 pangsapuri di masa akan datang.

Dijangka dilaksanakan Oktober tahun ini, lima pangsapuri itu adalah Laksamana Jaya, Seri Era, Puchong Permai, Mawar Cempaka dan Megah Villa. Penduduk yang dipilih untuk melakukan rondaan pengamanan di pangsapuri masing-masing akan disaring Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu, dan dilengkapi dengan belantan, wisel dan lampu suluh.

“Kerajaan negeri akan membantu program bantu mula ini selama tempoh 3 tahun dan selepas itu program ini dapat diteruskan oleh penduduk itu sendiri.

“Pihak kerajaan negeri juga berterima kasih kepada pihak polis yang bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program berjaya dilaksanakan,” kata Iskandar di program pelancaran Skim Seroja di Pangsapuri Laksamana Jaya, 21 September lepas.

Acara dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 setahun untuk mengadakan program-program keselamatan dibawah SEROJA. Peronda yang terlibat juga diinsuranskan sehingga RM10,200 sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan rondaan.

Thursday, September 12, 2013

TANDA HIDUP TIDAK DIBERKATI ALLAH SWT

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Saturday, June 8, 2013

ANAK TUN MAHATHIR BERJIWA BESOR !


*Tidak semestinya dinobatkan oleh para pengkagum dan pemujanya sebagai negarawan paling ulung pernah dilahirkan dinegara ini bersifat berjiwa besar, matang dan profesional dalam tindak tanduknya. Itulah yang dapat di tafsirkan mengenai rakaman gambar diatas. YB Nurul Izzah Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Ybhg Datuk Paduka Marina Mahathir Tun Dr Mahathir. Kelihatan cukup mesra dan mampu ketawa bila bersua muka. Umum sudah pun mengetahui yang DSAI sejak pembebasannya tahun 2006 lagi telah memaafkan apa jua tindakan zalim dan fitnah yang dikenakan terhadap dirinya oleh Tun Mahathir~~

Wednesday, May 22, 2013

pertama kali calon bn hlang deposit pilihanraya ....


Keputusan PRU 13 yang lalu yang cukup memberi malu kepada UMNO/BN dimana belum pernah dalam sejarah UMNO/BN masuk bertanding dalam PRU maupun PRK (Pilihanraya Kecil), calonnya hilang wang deposit kerana tidak cukup undi diperolehi.

Kini ianya sudah pun sejarah di cipta...Bukan satu tapi dua kerusi DUN di Pulau Pinang calon BN telah hilang wang deposit..

Berlaku di DUN N13 Berapait apabila calon BN Lau Chiek Tuan hanya mampu raih 2,230 undi dibandingkan calon DAP/PR Ong Kok Fooi memperolehi 16,995 undi.

DUN N27 Pengkalan Kota calon BN dapat Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye dapat 1,803 undi calon DAP/PR Lau Keng Ee perolehi 15,403 undi.

Ini dinamakan keputusan pukulan maut sampai lunyai lumat.

Kisah ini dipadamkan terus dari disiarkan oleh Utusan, Berita harian, TV3 dan RTM termasuk Astro Awani.

Kalau kena pada Pakatan rakyat... siang malam pagi petang akan menjadi tajuk utama disemua media milik dan kawalan UMNO terutamanya dijadikan berita muka hadapan Utusan dan Berita Harian.

Tuesday, May 21, 2013

SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT ~ DEWAN MBPJ 24-25 MEI 2013

Tema hitam di Kongres KEADILAN 24 & 25 Mei ini

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kongres Nasional KEADILAN ke-9 akan diadakan pada 24 dan 25 Mei 2013 bertempat di Dewan Sivik MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
KONGRES KE-9Kongres KEADILAN kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan menyampaikan ucaptama pada hari Sabtu jam 8.30 pagi sekaligus merasmikan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9.
Perasmian bersama Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada hari Jumaat jam 2 petang.
Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 10 pagi. Dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.
Ibu pejabat KEADILAN juga akan membuat siaran langsung (livestream) bagi upacara perasmian Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke-9.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat digalakkan untuk menghubungi urusetia program di talian 012-6541415 (Syed Shah) atau emel kepada Pengurus Operasi ibu pejabat KEADILAN di alamat nurulhuda@keadilanrakyat.org

Friday, February 22, 2013

Selamat datang ke Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor 24 Feb Ahad


Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Selangor

Tempat: Dewan Komuniti Serendah

Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Waktu: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari

Pelbagai acara menarik yang disediakan menanti anda.