Sunday, October 23, 2011

3000 pelajar SPM bersemangat tinggi di Program Pecutan Akhir Perdana Selangor di Stadium Melawati Shah Alam



Lebih 3000 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari pusat tuisyen rakyat selangor (PTRS) bersemangat tinggi setelah mengikuti program Pecutan Akhir SPM Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada hari Sabtu 22 Oktober 2011 lepas.
Program ini telah dianjurkan oleh pejabat Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Yang Berhormat Hj Dr Halimah Ali memerangkap Ahli Mesyuarat KErajaan negeri Selangor bersama dengan konsultan PTRS, Imtiaz Consultant.
Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan SPM dam menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.
Di dalam program ini, seorang pakar motivasi, Osman Affan menerap dan memberikan tip-tip peperiksaan termasuklah persediaan minda yang positif, santapan roh, teknik menjawab soalan dan hala tuju selepas SPM kelak.

Menurut pengajur program, Sdr Hamdan Safar dari Imtiaz Konsultan, program seumpama ini yang telah memasuki tahun ketiga diadakan telah membabitkan pelajar dari semua Dewan Undangan Negeri seluruh negeri Selangor khususnya peserta-peserta yang mengikuti pusat tuisyen rakyat negeri Selangor atau PTRS yang majoritinya datang dari golongan keluarga dibawah tahap kemiskinan berpendapatan RM1500 sebulan.

Salah seorang Koordinator PTRS (KPMI), Shaiful Anuar Sulaiman,dari DUN Batang Kali berkata kebanyakan pelajar-pelajar tersebut sangat teruja dapat menyertai program yang diadakan dalam bentuk bengkel seperti ini pengisian motivasi dan emosi demi untuk kecemerlangan masa depan pelajar-pelajar itu sendiri dan bersama menghayati apa ertinya kejayan yang hebat bersama keluarga dan masyarakat dan rakan-rakan pelajar. .

Pelajar-pelajar telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam slot dan sesi yang dianjurkan walaupun agak keletihan kerana aturcara yang padat. Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira sepanjang program berjalan. Rata-rata semua pelajar sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani dengan tunjuk ajar serta bimbingan ikhlas dari penceramah jemputan.

Program berakhir dengan ucapan penutup dari Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali, dan diantara nya menyentuh tentang keperluan sikap mesra bersifat sifat kasih sayang, sedia berkorban dan contoh akhlak baik yang menjadi teras setiap program anjuran kerajaan negeri ini bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat merasai kelainan luar biasa dan bertambah yakin untuk memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM serta kehidupan berpandukan pegangan agama dengan lebih kukuh.

Dalam ucapan penutup itu juga, beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan terus berusaha memberi khidmat pendidikan dan kebajikan terbaik kepada masyarakat warga negeri Selangor. Masalah kewangan bukanlah menjadi halangan untuk mengadakan sesuatu program kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM5.4 juta untuk program tuisyen rakyat ini sendiri, dan dengan itu beliau menambah sekiranya kita ikhlas dan berusaha lebih nescaya Allah SWT akan membantu mempermudahkan urusan kita.


Oleh ShaifulAnuar Sulaiman (Dun Batang Kali)

Tuesday, October 11, 2011

MESYUARAT AGONG TAHUNAN CABANG HULU SELANGOR ~ 9 OKT 2011 AHAD ~DEWAN MERDEKA KKB


Perasmi, ahli mpp @Sdr Mustaffa Kamil Ayub, dan dipantau oleh wakil negeri, ahli mpn @Sdr Krishnasamy

Ketua Cabang, Nazar Yakin memberikan ucapan.

JAMUAN RAYA OLEH SKIMSEL ~ TAHNIAH

ANWAR ~ KAMPONG BARU MESTI DIPERTAHANKAN

~Malaysiakini

Walaupun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar isu berkaitan akta berkenaan diketengahkan untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melengahkan perkenan baginda kerana perkara itu “menyentuh isu kepentingan penduduk Melayu”.

“Dia (kerajaan) lulus, dia boleh lulus. Sekarang ia masih di peringkat Dewan Negara (sebelum digazetkan). Kemudian (perlu) perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berbincang dengan Salahudin Ayub, boleh jadi perkara ini akan diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk melengahkan (supaya) tidak mengeluarkan kelulusan.

“Ini kerana (ia) menyentuh isu (kepentingan dan masa depan orang) Melayu dan penduduk Melayu (di situ),” katanya dalam majlis penerangan “Selamatkan Kampung Baru” malam tadi.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu, tidak menyatakan bila Pakatan Rakyat yang diterajuinya akan berbuat demikian.

Menyifatkan cadangan itu sebagai “saluran sementara”, Anwar berkata apa yang lebih penting tindakan itu dibuat bagi memastikan akta tersebut “tidak sempat dilaksanakan dengan sepenuhnya”.

“Kita nak beritahu bahawa rakyat ada pilihan,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh kira-kira 500 penduduk Kampung Baru yang hadir pada majlis tersebut.

Turut bersama adalah tiga ahli parlimen Pakatan iaitu Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Tian Chua (Batu) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak).

KERAJAAN MALAYSIA UPAH ORANG ASING SOKONG SERANGAN ISRAEL

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.


Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”

“Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini,” kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

“Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,”

“Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia,” kata Saifuddin.