Thursday, June 2, 2011

SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN DI BATANG KALI

Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 2 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Bandar Ligamasa, Batang Kali semalam.

Lebih 400 peserta telah menghadiri seminar tersebut yang telah di tutup oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman. Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua ini disertai oleh peniaga, usahawan, pesara dan bakal-bakal usahawan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah motivasi usahawan yang disampaikan oleh Konsultan Motivasi, Dr Hj Hamdan Datuk Md Salleh dan ShaifulAnuar Sulaiman dari Rehawealth Training dan Consultancy. yang menerangkan teknik-teknik perniagaan dan innovatif yang berkesan dalam perniagaan, kemudian disambung dengan teknik pemasaran dan prinsip perakaunan syarikat. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi pinjaman kredit seperti Agro Bank, Mimbar, Skim Mikro Kredit Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi penerangan pemasaran berinternet dan satu sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman kredit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Tukiman dan program tamat pada jam 5.30 petang.