Tuesday, February 8, 2011

PENDAFTARAN AWAL PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI



Usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali akan mengadakan pelancaran dan pendaftaran awal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal akan diadakan di beberapa tempat melalui ketua kampong dan surau di sekitar Dun Batang Kali, manakala semua pertanyaan boleh diajukan kepada koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman (019 3291967) berpejabat di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.
Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman,” katanya lagi.
Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas dijanka bermula mulai 6 Mac akan datang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.