Monday, May 16, 2011
Friday, May 13, 2011
SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptg
Tempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang
Wednesday, April 20, 2011
Kunjungan mesra rakyat (Dun Batang Kali - Rabu 20 Apr 2011)
Thursday, April 7, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Pengemis jalanan - siapa yang mesti dipersalahkan..
Ini adalah salah satu upacara wajib Tahun Baru bagi mereka.
Di Pulau Pinang, di Jalan Pokok Ceri yang terletak di bahagian bawah Bukit Bendera, berhampiran Stesen Keretapi Bukit Bendera turut berlaku upacara ini. Tahun ini jatuh pada 10 Februari 2011 menjelang tengah malam.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang sangat maklum hari upacara ini, sekali lagi meninjau sebelum menjelang tengah malam. Memang benarlah tokong yang terletak di kaki Bukit Bendera, kira-kira dua ratus meter dari pintu gerbang jalan raya merupakan rumah ibadat dan upacara sembahyang kaum Hokkien yang bernama Tua Pek Kong.
Tapi malangnya hari upacara sembahyang yang dituntut oleh agama mereka telah dicemari oleh sebahagian besar pengemis untuk mengemis sepanjang jalan tersebut.
Mereka, sepanjang tinjauan di buat ada yang datang dari negara luar selain dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sendiri. Seperti mana pengemis-pengemis yang mengemis di mana-mana rumah ibadah, mereka sebenarnya tidak dijemput.
Sejak pagi lagi mereka sudah duduk berbaris dengan bekalan di sepanjang jalan dua ratus meter ke Tokong Tua Pek Kong.
Persatuan Pengguna merasa terpanggil meminta perhatian mana-mana pihak yang berkenaan, terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Bandaraya atau parti politik yang sering sering bersuara menjaga maruah bangsa dan sukuan supaya mencari jalan, di samping menggunakan kuatkuasa yang ada untuk menafikan kehadiran golongan seperti ini.
Mereka telah mencemar keadaan dan suasana, memalukan kaum sukuan dan menjatuhkan maruah bangsa. Dengan tibanya hari upacara sembahyang setiap tahun, mereka seolah-olah berpesta dan mereka seperti terpanggil oleh sebab mendapat simpati dari pengunjung ke situ.
Persatuan Pengguna mahu mereka ditiadakan atau dalam ertikata yang lain tidak dibenarkan 'mengemis' pada hari-hari seperti itu, pada mana-mana tempat ibadah semua kaum.
Kami juga dapati, pengemis yang mengemis di situ bukan saja terdiri dari kalangan orang tua, dewasa tetapi juga telah mengguna tenaga kanak-kanak bagi mendapat simpati. Kami juga menemui sekumpulan keluarga yang sedia berkhemah, menghampar tikar plastik bersama anak beranak.
Persatuan Pengguna mendesak pihak JKM bertindak sama ada di bawah Akta 611, iaitu Akta Kanak-kanak 2001 Bahagian 3 atau pun Subseksyen 3(2) Akta Orang papa 1977.Ini tentunya akan menjadi lebih kemas apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedang mengkaji untuk meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis 'tulen' atau 'pengemis palsu'.
Kami berpendapat, kebanyakan pengemis di Jalan Pokok Ceri yang bermusim ini terdiri dari 'Pengemis Palsu.'
Apapun kami berpendapat, pengemis yang muncul di sepanjang Jalan Pokok Ceri berdekatan stesen Keretapi Bukit Bendera menuju ke Tokong Tua Pek Kong perlu dinafikan kehadiran mereka tahun-tahun mendatang, kerana selain dari kita dapat mengelak dari maruah kaum dan etnik tercemar, mengemis bukanlah budaya yang perlu dipelihara di negara Malaysia.
Sunday, March 6, 2011
Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan....
Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.
Wednesday, March 2, 2011
BUDAYA FITNAH PERMAINAN POLITIK JAHAT...RAKYAT SEMALAYSIA DITIPU...
TV Selangor memetik beliau berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.
"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.
"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.
Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.
Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.
"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.
"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.
"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.
"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" ujar Anwar.

