Tuesday, February 8, 2011

PENDAFTARAN AWAL PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI



Usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali akan mengadakan pelancaran dan pendaftaran awal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal akan diadakan di beberapa tempat melalui ketua kampong dan surau di sekitar Dun Batang Kali, manakala semua pertanyaan boleh diajukan kepada koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman (019 3291967) berpejabat di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.
Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman,” katanya lagi.
Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas dijanka bermula mulai 6 Mac akan datang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

Monday, January 10, 2011

Paria bukan baru, sudah 40 tahun lepas


"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta parti. Mereka tidak perlu mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat didalam kapal itu tidak teratur, Mereka berasak-asak saperti kambing." Petikan halaman 211 (Novel Interlok)

Selepas membaca buat kali kedua novel Interlok ini (setelah memunggah khazanah buku-buku didalam kotak simpanan), amat payah untuk saya bersetuju dengan segerombolan pembakar novel di Klang untuk bersama menyamai pendapat.. TIdak ada sebab jelas.

Tidak ada apa yang salah, petikan itu merujuk kepada orang didalam kapal. Kita mesti memahami bahawa semua yang datang dari India itu terdiri daripada pelbagai golongan, buruh, kelas sederhana dan professional. Ianya bertepatan dengan situasi dan sejarah diketika itu.

Cerita ini udah 40 tahun lepas dan ianya satu hakikat sejarah ketika itu...

Ianya satu karya seni yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yang jujur. Jelas ia berkenaan hubungan antara kaum yang terbentuk di negara kita (pada masa itu)

Perkataan "paria" disebut didalam novel itu bukan bertujuan untuk menghina. Malahan keseluruhan konteks novel dan penggunaan perkataan amat penting untuk difahami.

ShaifulAnuar Sulaiman

11.1.11

Wednesday, January 5, 2011

MB DIMAINKAN...

SHAH ALAM: Kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hanyalah pandangan peribadi beliau, kata Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, kerajaan Selangor akan bertindak mengikut prosedur dalam hal berkaitan pelantikan SUK, Datuk Mohammed
Khusrin Munawi termasuk menghantar surat kepada Sultan Selangor pada hari ini.

Katanya, surat tersebut mengandungi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
bagi meminda Perlembagaan dan memulihkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

“Jelas tak ada orang nak mempersoalkan perkara pelantikan ini sebelum pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 yang merampas
kuasa Sultan dan Menteri Besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan
Exco di sini hari ini.

Khalid berkata, pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas telah menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga
pegawai eksekutif berkenaan membabitkan pelantikan SUK, Pegawai Kewangan, dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai
eksekutif,” kata Khalid.

Tambah Menteri Besar, cadangan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik ketiga-tiga pegawai eksekutif negeri.

“Saya yakin DYMM Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Justeru, beliau berharap Munir tidak menolak kebenaran ini dan menyeru media untuk membaca sejarah pindaan Perlembagaan tahun 1993 yang sudah mengurangkan kuasa monarki.

“Saya tidak bermaksud menolak pendirian Datuk Munir, tetapi saya hanya bercakap apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah Malaysia.

“Sekarang saya sedang menyelesaikan isu ini dengan menyerahkan kepada sidang DUN untuk membuat keputusan. Saya cuba
perbetulkan apa yang tak betul,” tegas Menteri Besar.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diminta melihat cadangan pindaan ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melantik dua pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan Datuk Param Cumaraswamy untuk
memberi nasihat dan pandangan berkaitan isu ini.

Khalid berkata, cadangan pindaan ini akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada Sultan sebelum dibentangkan pada sidang DUN yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Semalam, Munir dalam kenyataan medianya turut berkata, tindakan Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon
lain bagi jawatan SUK setelah calon dilantik adalah tidak wajar.

Sunday, January 2, 2011

Makan Malam bersama YAB TGNA

Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Wednesday, December 15, 2010

Kenangan di universiti..1988 Negussie Negawo Award 1988


Negussie Negawo Award ini diberikan kepada pelajar universiti yang memberikan sumbangan kepada kebaikan pelajar antarabangsa, pada tahun 1988 ini, diwaktu banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku di kampus, iran dan iraq, palestine, rentetan vietnam dan bekas tahanan perang vietnam, soal diskriminasi pelajar antarabangsa telah menjadikan tahun 1988 penuh dengan tragis dan kenangan bagi pelajar universiti di Amerika Syarikat. Kebetulan aku adalah presiden kepada pelajar antarabangsa universiti (ISO -International Student Organization, UNL) pada tahun itu, sebelum itu aku berkhidmat sebagai Setiausaha ISO dibawah seorang pemimpin pelajar ketika itu, seorang anak hartawan Indonesia.
Banyak kenangan lain di tahun-tahun pembelajaran dari 1982 sehingga 1988. Mungkin aku boleh coretkan di fesbuk atau di tuliskan kembali rentetan kenangan perjuangan pelajar Malaysia di tahun-tahun tersebut.
Shaiful Anuar Sulaiman
Class of 1986, 1988
University of Nebraska-Lincoln
USA